Tuesday, January 15, 2013

Esah kehilangan anak di gigit anjing

Ini Esah.

Kambing kampung/katchang. Beranak pertama kali. Sekor anak jantan, Eli yang sangat kecil. Esah ni bunting dara. Jadi sifat keibuan dia kurang sedikit.

Masa meragut dan kekadang pekerja aku terbabas membawa si Eli ni keluar sekali walaupun umur kurang sebulan. Pernah sekali aku nampak masa gembala, Esah ni tinggalkan anaknya si Eli jauh - jauh sambil makan - makan.

Nak dijadikan cerita, satu hari semasa syoik meragut, kumpulan kecil kambing kampung ni yang selalu terpisah dari kumpulan kambing boer diserang sekumpulan anjing.

Esah sempat lari dan masuk kandang.

Anaknya si Eli ditinggalkan.

Gambar ini aku ambil selepas dua hari kematian si Eli. Kambing ke-3 aku yang mati digigit anjing.

Esah memanggil - manggil anaknya walaupun selepas dua hari. Bunyinya sungguh menyayatkan hati aku...sifat keibuannya sangat tinggi sebenarnya.

3 comments:

  1. kesian nasib si esah..bkan si esah dah arwah ka digigit anjing bro...hehe

    ReplyDelete
  2. ada orang sebut katjang, aku sebut kacang, ko plak sebut katchang... hahaha bantai aje lah

    dara memang slow sikit bab jaga anak ni, tapi biasanya kelahiran ke 3 dia dah pandai sangat jaga anak.

    tapi kan aku heran juga, masa gembala macam mana pula boleh terpisah kumpulan. ada bawa tongkat tak? kena garang sikit, master - servant relationship must be established quickly.

    ReplyDelete
  3. aku lebih suka sebut kambing kampung.

    Lepas kes kematian ke 8 termasuk 5 ekor anak dalam kandungan - jumlah 13 ekor dalam masa 21 hari, aku dengan ini menukar kepada sistem intensif semula. Mungkin sekali sekala aku lepaskan.

    ReplyDelete