Saturday, February 9, 2013

KEMBARA KAMBING ; Journal melawat 21 kandang atas kaca mata orang muda minat kambing

(Ihsan gambar alwigoatfarm, Bidor, Perak-salah satu kandang yang dilawati)

Assalamualikum wt.

Cerita tentang kambing bermula sejak aku mengenali Ir Azmer, tahun 2010. Secara peribadi, aku tidak pernah ada pengalaman sendiri ternak binatang, selain membantu ayah ternak itik dan lembu. Namun, apabila mengenali Ir Azmer, aku mula jatuh cinta dengan kambing. Memang termasuk dalam rancangan aku untuk menternak binatang, namun, apa jenis binatang belum aku tentukan, sehinggalah aku berjumpa dengan beliau, melihat gambar - gambar beliau di FB.

Dipendek cerita, aku berpindah dan berpeluang melawat salah satu kadang dia. Melawat dan mebawa pulang sepadang kambing cross Boer. 

Kembara kambing aku ini cukup menarik. Menarik kerana pelbagai maklumat baru laksana air apabila empangan pecah mula masuk di jiwa kepala otak aku.

Berikut adalah catitan journal perjalanan kembara kambing aku ke arah mencapat 21 kandang. 21 kandang yang sentiasa aku akan kemaskini.

(Kandang 1)
Intensif. Makanan ; PKC, pelepah sawit. Lokasi menarik kerana bersebelahan jalan utama. Terletak di ladang sawit. Lebih kurang 200 ekor kambing pelbagai jenis. Kandang dibina di cerum bukit 20 darjah.

(Kandang 2)
Intensif. Ni pun tokey yang sama dengan Kandang 1. PKC, pelepah sawit. Yang menarik kandang ini dibina bersebelahan kandang itik. Ada juga ayam. Nampak kambing ok jugak.

(Kandang 3)
Lokasi Sandakan. Intensif. Jumlah 150 ekor. Makanan ; campuran sekam padi, serbuk jagung, serbuk ikan + pkc, moleses, EM dan pelepah sawit. Cross Boer / jamnapari. Menarik kambing - kambingnya. Selain jual baka dan daging, tokey juga jual campuran makanan yang dinamakan 'starter' digunakan untuk menu sarapan pagi. Juga jual EM dan moleses. Aku perhatikan kambing - kambing di sini bagus. Ada sekor angkat bawa balik.

(Kandang 4)
Lokasi Lahad Datu. Sistem semi intensif aka extensif. Ni sumber kambing kampung aku. Boleh dikatakan SUPER LOW INPUT kerana selain diberikan garam kasar, kambing ini dibiarkan lepas ragut di ladang sawit. Pekerja hanya buka pintu dan tutup pintu kadang sahaja. Baka pureblood kampung. Sudah lebih tujuh tahun kambing ini diternak. Jadi, dengan pengurusan yang minima, aku jangkakan kambing ini telah pun sumbang muhram aka imbreeding! Namun, seperti sedia maklum, baka ni terus membiak. Ada anak lahir dua tiga ekor. Jumlah 70 ekor.

(Kandang 5)
Lokasi Bachok, Kelantan. Sistem semi intensif. Baka Boer sahaja. Ada juga rusa, lembu, burung walit dan kolam ikan. Makanan ; napier, silaj dan dedak yang dibeli. Kandang ini pernah mengalami kematian sehingga lebih 20 ekor. Kematian mengejut.

(Kandang 6)
Lokasi Selangor. Jumlah 150 ekor. Makanan, napier segar, rumput campur dan silaj. Tokey in mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang. Beliau dapat mengambil alih kandang yang ditutup dan dihidupkan semua dengan projek kambing. Pelbagai jenis baka.

(Kandang 7)
Lokasi Selangor. Makanan silaj dan napier segar. Kandang di atas tanah seluas 2 ekar.

(Kandang 8)
Lokasi Kelantan. Kandang biri - biri. Jumlah 20 ekor. Sistem semi intensif di kawasan pagar rumah.

(Kandang 9) 
Lokasi Kelantan

(Kandang 10)
Lokasi Sandakan

(Kandang 11)
Lokasi Sandakan

(Kandang 12)
Lokasi Perak. Sistem semi intensif. Jumlah 345 ekor. Pekerja 2 orang termasuk tokey. Makanan, lepas ragut di ladang sawit seluas 20 ekar. Pengalaman tujuh tahun bermula dengan 13 ekor kambing kampung dan 10 ekor kambing Boer. Boleh dikategorikan antara penternak kambing paling berjaya di Malaysia.

(Kandang 13)
Lokasi Tuaran, Sabah.

(Kandang 14)
Lokasi Tuaran, Sabah.

(Kandang 15)
Lokasi Beluran, Sabah.

(Kandang 16)
Lokasi Lahad Datu, Sabah.

(Kandang 17)
Lokasi Sandakan, Sabah.

(Kandang 18)
Lokasi Sandakan, Sabah.

*akan update bila ada masa.




15 comments:

  1. Banyak juga kandang ko dah pergi ye zul. Banyak maklumat berguna boleh dapat.

    ReplyDelete
  2. ya. tapi alwigoatfarm still no. 1 in all aspect.

    ReplyDelete
  3. lepas den lwat kndg Alwi rasa pncarian dh berakhir dan hilg smngat nk lwat kndg lain.hehe..cuma lpas ni nk lwat kndg yg bt kmbing susu dan yang bela biri-biri.Den xrasa ada org yg bela lbih 200ekor sistem lepas ragut kt Malaysia ni.tapi kalu ada den nk g mlawat laa..dgr cita kat Sabah ada,kat Tuaran kndang dia..tapi baru ada 3ekor laaa.akn datang byaklaa tu.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya ada semi intensif 1000 ekor kat selangor. aku dengar dengar lah.

      ada juga semi intensif 500 ekor kat johor.

      dan semua ladang semi ni dah lama. Masih bertahan.

      Delete
    2. ada ka alwi?kt mna tu?kalu ada bleh den g tgok nnti..500ekor apetah lg 1000ekor sistem semi intensif perghh..mmg powerlaa..tp yg 1000 tu bkan U-Keng Farm kan.hehe

      Delete
    3. Aku pernah menyimpan niat tinggi utk buat 2 perkara : 1. Melawat UK Farm. 2. Ikut kursus kambing oleh jab berkaitan.

      Setelah kenali anda semua (Terutama Alwi dan Isal), aku rasa bukan lagi keutamaan.

      Walau bagaimanapun, pencarian ilmu tetap diteruskan.

      Carilah ilmu sampai ke Alaminos!!

      Delete
    4. Kandang UK FARM (kluang) ada 4000 ekor bebiri (kalo tak silap), kebanyakannya Barbados BB. lagi satu kandang UK farm kat batu pahat bela saaneen aje utk milk production. Syukur aku dapat melawat kandang tu tahun lepas. rasa kerdil masuk sana, tapi semangat bertambah tgk pengembala berjaya. tauke dia seorg cina, start bela bebiri dgn 40ekor tahun 1997. Kalo ada kesempatan, bro2 sume patut lawat kandang dia.

      Kat simpang renggam ada sorang doktor bela bebiri Barbados n dorper 500ekor. saya dh lawat kandang dia 4kali, lawat nk curi ilmu apa yg dia bagi makan kat bebiri dia sebb bebiri dia bertaraf 4 bintang (tahap kegemukan)

      Delete
    5. UK Farm luas kwsn ragut dia dkat 100hektar@250ekar,kalu den dpt tnah mcm tu,perghhh..limitation pntrnak biasanya kt sumber mknn,kalu ada pdg ragut utk biri2 ni mmg selesai sbhgian msalah.Yang kt Simpang Renggam tu Rassuria Agro ka bro Naxz?yg ni lbih kpd feedlot,pmbiakan den xpasti laa..tp mmg segar bugar biri dia,sbb feedlot short term bg je makan apepun janji gemuk..hehe

      Delete
    6. Aah Rassuria agro, Dr. Isa punya. Dia mmg buat sistem intensif n pembiakan. Sedihnya dia taknak jual bebiri betina dia.puas dah saya pujuk...jantan dia sudi jual tapi kira timbang kilo la...sedia je la RM2k. huhu.. klo lembu dia mmg buat utk trading,amik dr burma rasanye.
      Padang ragut UK Farm tu dia sewa dari JPV, setahun RM30K rasanye. Saujana mata memandang...

      Delete
    7. Alwi pernah kata..

      "saya mahu kecilkan jumlah kambing, kemudian tambah qualiti kambing-2 tersebut"..

      jadi di sini dapat saya faham, kuantiti tidak semestinya menjanjikan kejayaan.

      kualiti lebih baik dari kuantiti.

      Mereka yang mengejar kuantiti sebenarnya mengejar sesuatu yang dia sendiri belum tahu risiko sebenar yang lebih besar.

      Sebagai orang yang berpengalaman, Alwi tentu ada sebab tersendiri berkata - kata sedemikian.

      Delete
    8. Seekor kambing saiz kecik harga jual rm500, bela setahun. kambing yang satu lagi saiz lebih besar, harga Rm800, bela pun setahun jugak. So, mana yang lebih untung? Fikir2 kan...

      Delete
  4. Bagus.

    Satu masa boleh singgah. Kembara kambing.

    ReplyDelete
  5. Harap saya pun dapat melawat kandang kambing tersebut. RigiAgroFarm di mana lokasi saudara ye?

    ReplyDelete