Monday, January 21, 2013

Dari Extensif kepada Intensif

Ini saki baki kambing kampung aku. Daripada 23 ekor, sekarang tinggal 15 ekor.

Asal kambing ni extensif. Dipelihara lepas ragut tanpa gembala. Apabila sampai di MyRigiAgroFarm, aku mulakan dengan sistem semi intensif.

Hasilnya, lapan (8) ekor mati digigit anjing termasuk 2 ekor bunting anak lima ekor cukup sifat.

Aku sahkan, memang kambing ini cukup liar, degil dan amat sukar dikawal. Perkara yang aku cuma sedar beberapa hari yang lepas. Satu kesilapan, namun pengalaman yang cukup berharga.

Kesannya, hari ini aku sekolahkan kambing ni ke Kolej Extensif Rigi. Kambing ini tidak dapat dikawal dengan tongkat gembala.

Tapi mungkin aku akan guna tongkat pemukul semasa di kolej ini. Untuk mana yang degil.

Selain menukar makanan daripada sumber makanan luar, aku paksa kambing ini makan napier. Serta pkc campur dedak ikan, dedak padi, serbuk jagung, moleses dan em.

Ini bukanlah pilihan yang aku suka, tapi buat masa sekarang, ini yang terbaik untuk MyRigiAgroFarm.

Doakan kejayan aku dalam menundukkan kambing asal extensif ini.

Salam.

6 comments:

  1. Salam, kambing extensif boleh dijinakkan. Tapi jangan sampai tahap manja. Ini pengalaman lama aku. Jangan ikut jalan yang sama.

    Ambil jalan tengah aka wasatiyah. JInak + liar = tunduk

    ReplyDelete
  2. Memang elok diorang masuk sekolah dulu. Biar belajar betul betul. Baru diorang tahu yang diorang ni ada tuan, dan siapa tuan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. batch lama dah ok. batch baru ada masih yg murung.

      Delete
    2. aku dulu pun nasib yang sama..

      tapi, kena ingat bila ubah ke system intensif, diet makanan kena betul..

      kambing 70:30

      lembu/bebiri 30:70

      lebih kurang macam tulah..rationya mungkin berubah..

      lembu/bebiri makan rumput banyak..kambing makan rumput kurang..kambing suka daun, etc..

      Delete
  3. Sedap betul ramuan dedak tu ye, agak agak berapa kos per kilo dedak tu?

    ReplyDelete