Thursday, March 28, 2013

Kambing tak boleh jejak kaki ke tanah?!


Ini gambar kambing aku. Gambar bersaiz extra large. Bukan super impose dan bukan juga rekaan untuk lakonan pilihanraya. Ia gambar sebenar dan setiap hari kambing - kambing ini meragut.

Cacing? Penyakit? Mati? 
Jawapan : TIADA. Malah lebih sihat dan kerja - kerja di kandang aku makin berkurangan. Makin bersih. Kerana kurang sisa makanan yang perlu diuruskan. Kambing kekenyangan bilamana makan semasa meragut.

Ok. Aku tak puas hati. Aku cukup tak setuju. Dan aku sangat - sangat hairan kenapa terlalu banyak pandangan yang tidak setuju kambing dilepaskan ke tanah untuk meragut dan makan. Jika satu dua orang aku boleh terima, ini majoriti yang terlibat dalam industri kambing. Orang jabatan. Penternak.

Ini pelik bin ajaib. Boleh tak sesiapa jelaskan kepada aku kenapa, mengapa perkara ini terjadi di Malaysia?

Ok. Kambing kampung ok lah. Kambing eksotik, luar negara seperti Boer, Jamnapari, Kalahari, Anglo, Saenan tak boleh. Kenapa? sebab nanti kena cacing. Mati. Siapa cakap? Semua orang cakap. Sebab, ramai penternak dah tutup kandang sebab buat perkara tersebut.

Stop sekejap. Ada statistik? Ada kajian?

Aku pelihara cross Boer, Jamnapari, Feral dan Kacang. Sistem semi intensif seperti di atas. Aku pernah lepaskan kambing seawal pukul 8 pagi. Tiada masalah.
Aku lepakan kambing masa hujan. Tiada masalah.

Cuma satu masalah utama aku bila lepaskan kambing pagi, iaitu anjing. Sebab anjing keluar bersama pekerja yang memotong buah sawit. Pegi serang kambing aku. Jadi aku tukar strategi meragut selepas pukul 1 petang. Tiada masalah.

Bila aku tukar daripada sistem semi intensif kepada intensif akibat serangan anjing, pelbagai masalah timbul. Yang paling ketara adalah kambing kampung mengurus kerana tidak mahu makan dedak campuran dan kurang juga berminat untuk makan napier.

Akhirnya, aku lepaskan kembali dan menukar kepada sistem semi intensif dan gembala hingga kini. Kambing tiada masalah. Sihat. Gemuk dan membiak.

Mulanya aku risau kerana banyak maklumat aku perolehi tentang bahaya cacing. Tetapi maklumat itu sama sekali meleset dan tidak tepat dan dibukti dengan kambing - kambing aku yang makin sihat.

Sifu aku juga memesan, buat mass deworming. Tapi aku tak buat. Aku juga ikut dia, buat selective deworming. Dan hingga kini, ada kambing aku yang sudah lebih 6 bulan tidak diberi ubat cacing. Kecuali jika ada mana - mana kambing yang mempunyai simpton - simpton kecacingan tahap kritikal, maka aku akan berikan ubat cacing. Pun tiada masalah.

Jadi, Tuan - Tuan Pembiak yang aku homati.

KENAPA ANDA SEMUA SANGAT TAKUT UNTUK TURUNKAN KAMBING - KAMBING ADA MERAGUT KE TANAH?

Kenapa di Malaysia, kambing dipelihara di atas kandang? Sedangkan di tempat asal kambing itu sendiri sama ada di Australia, di Afrika, di Indonesia, di Filipina mahupun di banyak negara, kambing dipelihara dan dibiarkan meragut di padang ragut?

Ya. Aku tahu ada cacing dan sebagainya. Namun kenapa asal usul kambing itu sendiri di atas tanah, tetapi di Malaysia, kambing dilayan berbeza dengan banyak negara di dunia? Mesti dipelihara di dalam kandang, dan jika turunkan ke tanah, secara automatik, maka kambing akan mati kena cacing?

Kambing kampung/kacang dipelihara oleh nenek moyang kita tanpa kandang. Tanpa kandang berlantai. Lepak sana sini. Hidup dan juga membiak. Mahupun di perkampungan pantai, tanah sawah padi, tanah bukit dan segala jenis bentuk muka bumi tropika di Malaysia, kambing itu terus membiak. Membiak dan beranak 1, 2 dan 3 ekor. Tiada pula sebatang napier di tanam oleh nenek moyang kita. Kambing tu dibiar lepas ragut di sekeliling kampung. Makan sampah dan sebagainya. Ironinya juga, tiada garam mineral diberikan oleh nenek moyang kita. Tiada pula dedak diberikan. Bapa saudara aku pernah ternak kambing, berpuluh ekor, simpan di bawah rumah sahaja. Beralaskan tanah. Tiada lantai kayu dan sebagainya.

Ya Allah. Tetapi, kambing kacang terus membiak hingga ke hari ini. Bukankah hebat ciptaan Allah ini untuk kita semua fikir di zaman yang penuh dengan teknologi maklumat, tetapi terlalu banyak ajaran sesat di luar sana.

Ok. Korang kata kambing eksotik lain. Isu cuaca tropika dan sebagainya.

Korang perhatikan balik gambar extra large kat atas tu. SEMUA OK.

Jadi, aku mohon pada kalian semua,

BACK TO BASIC. Di situ ada jawapannya. Tanya sama kambing, apa yang mereka mahu.

Good luck. Salam.

*Post ini khas untuk mereka yang mempunyai tanah yang luas untuk dijadikan kawasan meragut. Yang tiada tanah, tinggal di bandar besar, tapi ternak kambing, simpanlah kambing tu tinggi-2 dari tanah. Atas rumah flat pun boleh.

*Realiti yang kita kena maklum, untuk ternakan berskala besar, tanpa tanah, kejayaan itu sangat sukar untuk dicapai. Terutama ternakan kambing pedaging.

2 comments:

  1. Salam...
    Saya pun mengamalkan sistem semi intensif, amalkan selective deworming, lepas ragut dibawah ladang sawit yg luas. bagi yang mempunyai kawasan ragut yang luas, cthnye di ladang sawit yang beratus2 ekar, masalah cacing adalah minimal. kenapa? kambing mempunyai bekalan makanan tanpa had, dia bleh meragut bebas selagi kaki xpenat. peratusan meragut rumput yang ada cacing juga minimal. berlainan pula yang menggunakan sistem paddock. kambing hanya dibenarkan meragut selama 3 hari sahaja,hari ke 4 kambing akan dipindahkan ke kawasan ragut yang lain. sebabnya pada hari ke 4,telur cacing dh menetas, risiko kecacingan adalah tinggi.

    ReplyDelete
  2. Cacing bukan disebabkan oleh kambing meragut di tanah tetapi kambing meragut di tempat yang sama di dalam kawasan yang minimum..saya hanya lepaskan kambing 1 minggu sekali..belum ada kemampuan buat paddock

    ReplyDelete