(Gambar Mak Cik dan anaknya Kecik)
Ini Mak Cik. Anaknya Kecik. Kelahiran kedua 6hb. December 2012. Betina. Lahir di Estet. Lepas semalaman di estet, baru di bawa pulang ke kandang.
Pada 17hb. Januari 2013, semasa berumur sebulan lebih, Kecik mati digigit anjing. Pada hari yang sama, 3 ekor kambing lain juga menjadi korban. Dua sempat disembelih.
Dijumlahkan dengan Kecik serta kambing - kambing yang mati digigit anjing, semuanya lapan ekor. Ulang, lapan ekor. Kematian kambing pertama aku bermula pada 28hb. Disember 2012 dan yang terakhir pada 17hb. Disember 2013, dalam masa 21 hari atau 3 minggu. Itu belum dicampur dengan 5 ekor anak daripada 2 ekor induk bunting menjadikan jumlah kematian 13 ekor dalam masa 21 hari! ULANG, 13 EKOR DALAM MASA 21 HARI!
Aku mengambil keputusan untuk mengira jumlah anak dalam kandungan itu kerana semua anak - anak kambing itu cukup sifat, tunggu mahu beranak saja.
*(ada sekor anak kambing mati semasa dilahirkan). 14 ekor la jumlahnya.
semula.
8 ekor kambing mati digigit anjing.
5 ekor dalam kandungan.
1 ekor mati semasa dilahirkan.
Jumlah = 14 ekor.
Ini kronologi kematian kambing aku.
1. Britney, mati digigit anjing dengan tiga anak dalam kandungan. Aku suspect, digigit semasa hendak bersalin. Bini aku sempat lihat dengupan jantung anak kambing sebelum Britney mati. Kejadi ini berlaku semasa baru keluar meragut seawal pukul 8 pagi. Digigit anjing. Ditengkok.
2. Jenifer. Jenifer ni ada tiga adik beradik kembar. Memang spesis kambing kampung ni suka meragut bersendirian. Terutama dengan adik beradiknya sahaja. Selepas kejadian kematian pertama, aku mula meletakkan tukang gembala. Pagi lepas. Tengahari, tukang gembala balik rehat, semua kambing diletak berhampiran pagar. Jenifer dan adik beradiknya macam biasa suka bersendirian. Masa aku tengah makan tengah hari dan tukang gembala pula balik rehat, terdengar bunyi bising. Jenifer mati digigit anjing. Kali ini di bahagian paha. Jenifer mati tak sempat disembelih. Aku bagi pada orang kontrak.
3. Pada waktu yang sama, Eli, anak jantan si Esah yang ditinggalkan Esah semasa melarikan diri dari serangan kumpulan anjing juga ditemui mati tidak jauh dari tempat kejadian.
4. Paris Hilton, mati digigit anjing.
5. Pink Eye, induk berumur 4 tahun bunting 2 anak, dianggarkan 4 bulan-tunggu hari mau beranak mati pada 17hb Disember 2013 akibat serangan 3 ekor anjing bertuan. Pink Eye ni sudah sembuh dari sakit pink eye dan meninggal sekor anak betina yang sudah pun dikawin dengan Badang, cross Boer-Feral. Antara semua kambing kampung yang aku adda, Pink Eye ada paling besar. Kehilangan Pink Eye cukup dirasai kerana Isteri aku merangkap Doktor Veteriner yang telah bersusah payah mengubat hari - hari hingga sembuh, bunting dua anak dan akhirnya mati digigit anjing. Sempat sembelih.
6. Lopez, juga mati hari yang sama.
7. Mariah Carey, adik kepada Jenifer sehingga kini belum ditemui. Hilang pada hari yang sama.
8. Kecik, anak Mak Cik berumur 40 hari juga mati hari yang sama.
Anehnya, semua kematian kambing aku melibatkan kambing kampung. Semua kambing kampung ni diambil dari kandang yang sama. Sejak lahir memang dipelihara secara lepas ragut di ladang sawit. Bila sampai ke kandang aku, kambing ni buat macam rumah sendiri. Bila meragut, suka bersendirian dan jarang dalam kumpulan. Tukang gembala pun penat kalau kambing ni buat sampai lima kumpulan, jauh - jauh pula tu.
Pelbagai inisiatif telah aku ambil untuk mengatasi masalah anjing ni seperti meracun. Operasi sotong telah tiga kali dijalankan. Namun, suspect anjing tu masih belum mati. Anjing - anjing yang tidak bersalah termasuk kucing, biawak banyak pula mati.
Yang terbaru, aku telah melatih Oki, anjing gembala. Tapi masih dalam kolej dan belum graduate.
Walaupun aku semangat untuk melakukan semi intensif , setelah menukar daripada intensif kerana jumlah makanan yang terlalu banyak di ladang sawit, namun disebabkan jumlah kematian 13 ekor dalam masa 21 hari, hari ini aku mengambil keputusan untuk menukar semua kepada sistem intensif.
Guna sepenuhnya sumber rumput napier aku yang terlampau banyak.
By hook or by crook. Kambing tu akan aku paksa makan napier.
Biarlah kambing tu lapar, tak happy, tak bahagia, tapi lebih baik daripada digigit anjing!
Salam.
assalamualaikum..
ReplyDeletesmoga tabah menghadapi dugaan berat kali ni bro..5ekor dalam satu hari tu,mmg agak berat tp mmg diakui kehilangan besar macm tu selalunya perompak dgn pemangsa(anjing) jelah.kwn den pun baru ni 3ekor mati dalam sehari akibat penangan anjing..biri-biri den xlepas bt masa sekarang,tnggu pagar ladang siap..kmbing lepas ragut lagi tapi alhamdulillah tak main jauh..
apepun perubahan kpd intensif pun tiada mslah,sbb sumber mknan bnyak disitu..anggap sbgai dugaan seorang penternak bro..:-)
Wkm wt.
DeleteKata semangat dan sokongan rakan-2 ternak memang buat cukup terharu.
Saya masih belum tukar prinsip Bos Isal!
Teruskan usaha, man jadda wa jada.
Salam zul. Bagi mereka yang nak buat semi intensif, aku tak rekemen sama sekali beli kambing dari sistem extensif (lepas ragut bebas sepenuhnya tanpa pengawasan).
ReplyDeleteHanya beli kambing dari sistem semi intensif. Lagi baik ada gembala, dan ada guna sedikit dedak.
Kambing yang membiak tanpa gembala adalah kambing tanpa tuan, kambing yang tidak kenal siapa tuannya, yang tidak akan tunduk kepada tuannya. Consequently, they will underperform. Massively diasappointing.
Again, only buy goats from those who shepherd.
Banyak kawan aku dah terkena macam ni, termasuk aku. Rujuk fairul dan pengalaman pertamanya dengan kambing kampung.
itu juga punca kepada masalah saya ini.
DeleteJika saya Alwi boleh supply baka kambing dia ke Borneo, sudah tentu saya pembeli pertama! short cut yang ke atas apa yang saya tgh buat skrg.
Kambing kg skrg pun susah mau cari. Lagi-2 kalau mau cari yang sudah di cross boer-anglo serta juga 'bertuan'.
Kena mula daripada scratch.
Apa pun, saya tetap setuju dgn apa yang Alwi, Fairul jalankan skrg. Diakan projek MyRigiAgroFarm saya berjaya, Insya Allah, Alwigoatfarm tetap menjadi model projek saya.
Ada kawan aku 40 ekor mati digigit anjing dalam masa dua minggu je.
ReplyDeletebeliau tak gembala sepenuhnya, tak ikut kambing dari mula sampai akhir.
itu juga punca kpd masalah saya.
DeleteAssalamu'alaikum Wrmbth, Moga sabar banyak2. Semua orang ada ujian bela kambing dan ujiannya lain2. Detullah cakap Alwi tu, aku dulu dapat kambing yang lepas tanpa tuan. MEmang susah nak digembala. Tapi berkat usaha keras dan kesabaran dan kekerasan yang aku tunjukkan. Sekarang ni kambing2 tu dah diizinkan Allah swt untuk ditundukkan.
ReplyDeleteAku dulu pun rigid juga. Semua orang cakap salah. Akhirnya lepas talan hempedu, baru aku tahu realiti sebanar bela kambing. Keadaan kita tak sama. Ada seni bela kambing ni. Benda2 yang orang terlepas pandang. Walaupun dikaji oleh budak2 master dan profesor. Benda2 macam sedekah dan amalan belakang tabir.
Cuba telefon Alwi, apa dia belajar selepas ternak kambing 8tahun. Jawapannya ko dah tahu. Small things that matters. Small to human eyes but not to the Magnificent Creators. Wallahu'alam
tq for advise Bro!
DeleteAku dpt kmbing ragut spnuh tnpa gmbala 2ekor.mmg ssh nk cntrol.caranya aku ikat tengkuk dan letak bwah pokok biar makan smpai.kenyang.cuma pntau dr jauh.lpas sminggu bru lepas gmbala dgn kmbing lain.lama2 die biase.
ReplyDeleteYa setuju. Kaedah tu saya guna untuk batch pertama. Berjaya. Masuk batch kedua, saya tak buat, haru biru.
Delete