Apa khabar tuan tuan pengunjung blog aku nih? Semoga sihat dan Body Mass Index (BMI) anda sentiasa berada di tahap yang optimum hehe! (Tak susah nak BMI kita cemerlang tuan tuan, ikut aje belakang kambing masa lepas tuh, mana dia pergi kita pun pergi, aku gerenti BMI kita sentiasa cemerlang dan gemilang!)
Tuan tuan,
Aku sebenarnya lagi suka berkawan dengan pembiak kambing yang kecik kecik nih, yang modalnya tak seberapa, kandang tak lawa, yang lebih banyak jerih payahnya dari senang lenangnya, pasal aku dulu pun macam tu.
Inspirasi aku, semangat aku datang daripada pembiak yang kecik kecik ni, yang sanggup ikat perut, yang sanggup meredah hujan lebat dan berpanas bersama sama kambing, dan yang istiqamah/teguh meneruskan usaha walaupun dipandang sinis/diketawakan oleh orang sekeliling, walau pun dugaan silih berganti. Kekentalan semangat rakan rakan pembiak yang kecik ni lah yang sentiasa menaikkan semangat aku walau pun banyak kali juga aku rasa putus asa.
Aku terkenang masa dulu, makan nasi berlaukkan kangkung/pucuk paku/pucuk ubi/jantung pisang/terung belanda ngan sambal belacan hari hari. (kawasan sekitar ladang aku memang kaya dengan ulam liar nih, rembat je, memang tak bertuan). Nak berjimat punya pasal, nak bagi kambing makan sedap sedap berulamkan dedak sampaikan tuan punya kambing makan pun macam kambing hahaha.. agaknya kalau rumput nyonya tu boleh dibuat ulam, aku dah sebat buat lauk!
Memang BMI aku sangat cemerlang masa awal awal menceburkan diri dalam dunia pembiakan kambing nih. (Sekarang BMI dah lari, kuli aje yang buat semua kerja, dulu pinggang aku 28/29 sekarang 33, cipet betul…)
Masa mula mula aku biakkan kambing ni tahun 2005, aku ada 13 ekor ibu/induk je dalam tahun tu. Mula mula 5 ekor ibu kampung (semuanya sakit sakit masa tu akibat kecacingan serius, aku tak perasan plak, yelah beli kambing dah gelap maghrib), kemudian aku tambah sebulan seekor ibu. Takdak duit masa tu, pinjaman agrobank belum dapat lagi.
Tapi dalam tahun pertama juga, 3 anak betina kampung yang lahir kat kandang aku dah jadi ibu juga. Maknanya tahun pertama aku ada 16 ekor ibu/induk/bibit. Anak dapat 26 ekor. Kadar mati 35%, biasalah tu pasal langsung tak ada ilmu pembiakan kambing masa tu. Ingatkan kalau dah pandai tangkap kambing, pandai inject kambing, dah kenal ubat ubat, dah kenal dedak dedak, dah kira terer pasal kambing…hahahaha… memang sangap aku masa tuh…
Lepas dari tu, aku takde dah beli kambing betina buat induk tuan tuan. Aku biakkan je dari apa yang ada. Itu yang aku makan sayur hari hari tu, jadi vegetarian sekejap. Iyelah aku start sikit sangat. Aku tak rekemen bakal bakal pembiak sepenuh masa buat macam aku nih, elok start 50 ekor induk.
Lagi baik 100 induk.
Tapi tulah, modal tinggilah pula kan?
Bila dapat pinjaman agrobank rm30,000 tahun 2006, aku ambil 10,000 buat beli boer. Masa tu dah ada berita berita yang sampai kat telinga aku, kata hati hati ngan kambing boer ni ada banyak masalah. Tapi biasalahkan aku baru menternak, jadi memang terpesona dengan saiz kambing boer ni, kena plak kat suratkhabar dan tv tengah rancak promosi kambing boer.
Aku pun buat keputusan untuk test biak kambing boer nih.
Tapi aku ambil langkah berjaga jaga, aku tak beli boer yang baru masuk dari australia, aku beli boer local breeding (lahir kat malaysia, dibesarkan kat malaysia, kemudian beranak lagi kat malaysia gak). So aku beli 9 ekor, 2 pejantan dan 7 betina dari sebuah ladang pembiakan boer milik kerajaan. Kat ladang kerajaan nih, boer betina lepas aje bawah sawit, diorang tanam rumput guinea celah pokok pokok sawit tu, manakala yang jantan diasingkan. Jadi aku punya andaian, kalau aku beli boer kat situ, lagi selamat, kurang risiko kat aku. Yelah, local breeding, dah biasa lepas bawah sawit plak tu.(andaian yang bakal bertukar jadi mimpi ngeri…)
Seminggu lepas sampai pejantan 55kg yang aku beli dengan harga 1500 tak boleh kencing, mati.
Pejantan kedua 33kg, sebagai spare, rupanya tak mahu kahwin kahwin, gagal menjalankan tanggungjawab. Memang jadi spare,…… spare tyre…
7 ekor betina boer, beli harga rm900 seekor, menggemuk dengan sangat sempurna di tempat aku walaupun tanpa dedak hinggakan semua pelawat kandang aku kata boer betina aku sarat mengandung walhal baru je beranak semalam. Memang jadi bulat, cantik berkilat kilat, berat 55 – 60kg, tapi gagal membiak seperti yang aku harapkan. Lepas 2 tahun lebih bela boer hasilnya tidak memberangsangkan. Tak berkembang pun.
Kambing kampung 5 ekor yang aku beli rm300 seekor (sakit sakit plak tu) dah jadi berganda. Mendatangkan hasil untuk menampung pakej menyelamat boer yang tak jadi jadi.
(Konsultan pertama – ko ni awi, kambing boer tu kan ambil masa nak adapt dengan cuaca kita?)
Jawapan aku – amendenya, aku beli semua local breeding, generasi ke 3 dan ke atas.
(Konsultan kedua – boer jangan lepas bawah sawit, parasit banyak, elok makan tanggung).
Jawapan aku – aku beli boer yang dah biasa lepas bawah sawit, aku bagi boer boer ni dewormer tiap 3 bulan, lagipun bulat bulat boer aku ni cukup makan, australia dan south africa tempat asal boer ni takde plak buat makan tanggung, apasal sampai tempat kita nak makan tanggung?
(Konsultan ketiga – boer kena bagi suntikan dan suplemen vitamin/mineral tambahan).
Jawapan aku – ni bertambah banyak input, duit, tenaga, masa….
(Konsultan keempat – boer bila beranak dua, asingkan salah satu bagi minum botol susu, baru cukup susu maknya, takdelah kes bantut)
Jawapan aku – mak aihh lagi bertambah input, duit, tenaga, masa…..
(Konsultan kelima – boer kena tengok bila nak beranak, bantu/jadi bidan bila nampak lain macam)
Jawapan aku – aku tak pernah jadi bidan untuk kambing kampung, dah dekat 800 kelahiran, rilek je dia beranak.
(Konsultan keenam – boer jangan bagi gemuk sangat, susah mengandung dan beranak).
Jawapan aku – boer aku walau pun bulat bulat, tapi tak obes. Memang fit, cergas pasal bila lepas, jauh tu berjalan dalam 3 – 10km setiap hari.
(Konsultan ketujuh – tendang keluar semua boer ni, kita tengok macam mana?)
Jawapan aku – ya betul, nasihat yang sangat baik!
(walaupun sayang tengok boer boer ni kerana gemuk bulat berkilat)
Akhirnya aku jual kesemua boer yang aku ada, tinggallah kambing yang berdarah kacukan kampung. Yang bestnya tu, lepas jual semua boer,kadar kelahiran terus meningkat semakin baik. Bertambah bagus produktiviti ladang aku.
Rupanya kambing boer selama ini menjatuhkan KPI (Key Performance Index) ladang aku.
Importer/trader boer dan mereka yang pro boer mesti sakit hati bila baca statement aku nih. Tapi yang aku cerita ni pengalaman aku sendiri, dan pengalaman rakan rakan pembiak yang lain. Banyak yang tumbang sebaik sahaja diorang buat keputusan untuk membiakkan baka import bersaiz besar nih, bukan boer sahaja, jamnapari pun. Atau lain lain baka bersaiz besar untuk dijadikan kambing pedaging.
Lantaklah korang menggelegak berasap pun tapi tunjukkan rekod pembiakan anda sekiranya mahu menyanggah/menafikan/membangkang statement saya ni. Jangan tunjuk rekod berat je, tunjukkan rekod kelahiran dan kematian.
(Kalau tuan tuan nak tahu, agensi kerajaan yang menyelidik kesesuaian boer kat tempat kita nih yang aku namakan XXXXX dan XXXX rupa rupanya berpandukan prestasi kenaikan berat badan sahaja semasa buat keputusan samada kambing boer ni sesuai ke tidak kat malaysia nih…… aduhaiii…… ada yang simpan rekod lahir/mati tapi setakat raw data, tiada analisis selanjutnya……..)
Tetapi kalau boer/jamna/etc dikacukkan dengan darah tempatan/kampung/pribumi lain pula ceritanya. Wujud hybrid vigor (kesegaran kacukan). Ni memang best. Walau pun tak sepantas pembiakan kambing kacang dan tak secepat kenaikan berat baka boer, tapi kita adakeseimbangan yang menepati objektif pembiakan kambing pedaging kita. (yang aku boldkan tu nak kena baca slow slow, kena fahamkan betul betul tuan).
Jadi untuk meningkatkan kemungkinan kejayaan kita dalam pembiakan kambing pedaging ni, aku galakkan kacukan/crosses/campuran.
Cari pejantan boer/jamna/nubian yang beratnya sederhana 50-60kg (tak perlu fullblood) kemudian kahwinkan dengan betina kampung. Semua pembiak kambing pedaging yang masih bertahan hingga sekarang (veteran) semuanya buat macam ni – ni short term solution yang berkesan.
Kepada pembiak baru, aku faham sangat sangat kalau korang tak mahu dengar cakap aku. Sebab aku dulu pun macam tu, memang terpesona dengan kehebatan infrastruktur kandang, memang terpana dengan saiz kambing, lagi besar lagi syok tengok. Cenderung kepada ladang ladang komersil ni. Tapi bila aku dah terhantuk (nasib baik tak pengsan), barulah aku sedar di mana realiti, di mana kunci kejayaan seorang pembiak kambing pedaging.
Darah kita adalah penyelamat kita tuan tuan, darah kita pasti dan pasti tidak akan menghampakan kita, yakinlah pada kehebatan darah sendiri!
Salam.
(kipnap dari alwigoatfarm)
Bro Awang Kambing(AK) kidnapped trus ni,bleh saman ats dakwaan plagiat ni.haha..dlm byk2 post alwi aku paling suka yg ni http://alwigoatfarm.blogspot.com/2011/01/my-buck-and-future.html idea dia ttg Central Buck Perfomance Test(CBPT) tu aku rsa mmg bernas dan realistik tp kna tnggu lbih rmai breeder yg snggup join..:-)
ReplyDeleteaku suka post ni yang ni..
DeleteSEMUA SEKALI!!
tapi basically, aku paling suka ni
ReplyDeletehttp://alwigoatfarm.blogspot.com/2011/05/revised-introduction-to-alwi-goat-farm.html
sebab ni intipati blog dia.