Wednesday, January 30, 2013

Aku Suka Ladang Kecik!

Apa khabar tuan tuan pengunjung blog aku nih? Semoga sihat dan Body Mass Index (BMI) anda sentiasa berada di tahap yang optimum hehe! (Tak susah nak BMI kita cemerlang tuan tuan, ikut aje belakang kambing masa lepas tuh, mana dia pergi kita pun pergi, aku gerenti BMI kita sentiasa cemerlang dan gemilang!) 

Tuan tuan, Aku sebenarnya lagi suka berkawan dengan pembiak kambing yang kecik kecik nih, yang modalnya tak seberapa, kandang tak lawa, yang lebih banyak jerih payahnya dari senang lenangnya, pasal aku dulu pun macam tu. Inspirasi aku, semangat aku datang daripada pembiak yang kecik kecik ni, yang sanggup ikat perut, yang sanggup meredah hujan lebat dan berpanas bersama sama kambing, dan yang istiqamah/teguh meneruskan usaha walaupun dipandang sinis/diketawakan oleh orang sekeliling, walau pun dugaan silih berganti. Kekentalan semangat rakan rakan pembiak yang kecik ni lah yang sentiasa menaikkan semangat aku walau pun banyak kali juga aku rasa putus asa. 

Aku terkenang masa dulu, makan nasi berlaukkan kangkung/pucuk paku/pucuk ubi/jantung pisang/terung belanda ngan sambal belacan hari hari. (kawasan sekitar ladang aku memang kaya dengan ulam liar nih, rembat je, memang tak bertuan). Nak berjimat punya pasal, nak bagi kambing makan sedap sedap berulamkan dedak sampaikan tuan punya kambing makan pun macam kambing hahaha.. agaknya kalau rumput nyonya tu boleh dibuat ulam, aku dah sebat buat lauk! Memang BMI aku sangat cemerlang masa awal awal menceburkan diri dalam dunia pembiakan kambing nih. (Sekarang BMI dah lari, kuli aje yang buat semua kerja, dulu pinggang aku 28/29 sekarang 33, cipet betul…) Masa mula mula aku biakkan kambing ni tahun 2005, aku ada 13 ekor ibu/induk je dalam tahun tu. Mula mula 5 ekor ibu kampung (semuanya sakit sakit masa tu akibat kecacingan serius, aku tak perasan plak, yelah beli kambing dah gelap maghrib), kemudian aku tambah sebulan seekor ibu. Takdak duit masa tu, pinjaman agrobank belum dapat lagi. 

Tapi dalam tahun pertama juga, 3 anak betina kampung yang lahir kat kandang aku dah jadi ibu juga. Maknanya tahun pertama aku ada 16 ekor ibu/induk/bibit. Anak dapat 26 ekor. Kadar mati 35%, biasalah tu pasal langsung tak ada ilmu pembiakan kambing masa tu. Ingatkan kalau dah pandai tangkap kambing, pandai inject kambing, dah kenal ubat ubat, dah kenal dedak dedak, dah kira terer pasal kambing…hahahaha… memang sangap aku masa tuh… 

Lepas dari tu, aku takde dah beli kambing betina buat induk tuan tuan. Aku biakkan je dari apa yang ada. Itu yang aku makan sayur hari hari tu, jadi vegetarian sekejap. Iyelah aku start sikit sangat. Aku tak rekemen bakal bakal pembiak sepenuh masa buat macam aku nih, elok start 50 ekor induk. 

Lagi baik 100 induk. 

Tapi tulah, modal tinggilah pula kan? Bila dapat pinjaman agrobank rm30,000 tahun 2006, aku ambil 10,000 buat beli boer. Masa tu dah ada berita berita yang sampai kat telinga aku, kata hati hati ngan kambing boer ni ada banyak masalah. Tapi biasalahkan aku baru menternak, jadi memang terpesona dengan saiz kambing boer ni, kena plak kat suratkhabar dan tv tengah rancak promosi kambing boer. 

Aku pun buat keputusan untuk test biak kambing boer nih. Tapi aku ambil langkah berjaga jaga, aku tak beli boer yang baru masuk dari australia, aku beli boer local breeding (lahir kat malaysia, dibesarkan kat malaysia, kemudian beranak lagi kat malaysia gak). So aku beli 9 ekor, 2 pejantan dan 7 betina dari sebuah ladang pembiakan boer milik kerajaan. Kat ladang kerajaan nih, boer betina lepas aje bawah sawit, diorang tanam rumput guinea celah pokok pokok sawit tu, manakala yang jantan diasingkan. Jadi aku punya andaian, kalau aku beli boer kat situ, lagi selamat, kurang risiko kat aku. Yelah, local breeding, dah biasa lepas bawah sawit plak tu.(andaian yang bakal bertukar jadi mimpi ngeri…) 

Seminggu lepas sampai pejantan 55kg yang aku beli dengan harga 1500 tak boleh kencing, mati. Pejantan kedua 33kg, sebagai spare, rupanya tak mahu kahwin kahwin, gagal menjalankan tanggungjawab. Memang jadi spare,…… spare tyre… 7 ekor betina boer, beli harga rm900 seekor, menggemuk dengan sangat sempurna di tempat aku walaupun tanpa dedak hinggakan semua pelawat kandang aku kata boer betina aku sarat mengandung walhal baru je beranak semalam. Memang jadi bulat, cantik berkilat kilat, berat 55 – 60kg, tapi gagal membiak seperti yang aku harapkan. Lepas 2 tahun lebih bela boer hasilnya tidak memberangsangkan. Tak berkembang pun. 

Kambing kampung 5 ekor yang aku beli rm300 seekor (sakit sakit plak tu) dah jadi berganda. Mendatangkan hasil untuk menampung pakej menyelamat boer yang tak jadi jadi. 

(Konsultan pertama – ko ni awi, kambing boer tu kan ambil masa nak adapt dengan cuaca kita?) Jawapan aku – amendenya, aku beli semua local breeding, generasi ke 3 dan ke atas. 

(Konsultan kedua – boer jangan lepas bawah sawit, parasit banyak, elok makan tanggung). Jawapan aku – aku beli boer yang dah biasa lepas bawah sawit, aku bagi boer boer ni dewormer tiap 3 bulan, lagipun bulat bulat boer aku ni cukup makan, australia dan south africa tempat asal boer ni takde plak buat makan tanggung, apasal sampai tempat kita nak makan tanggung? 

(Konsultan ketiga – boer kena bagi suntikan dan suplemen vitamin/mineral tambahan). Jawapan aku – ni bertambah banyak input, duit, tenaga, masa…. 

(Konsultan keempat – boer bila beranak dua, asingkan salah satu bagi minum botol susu, baru cukup susu maknya, takdelah kes bantut) Jawapan aku – mak aihh lagi bertambah input, duit, tenaga, masa….. 

(Konsultan kelima – boer kena tengok bila nak beranak, bantu/jadi bidan bila nampak lain macam) Jawapan aku – aku tak pernah jadi bidan untuk kambing kampung, dah dekat 800 kelahiran, rilek je dia beranak. 

(Konsultan keenam – boer jangan bagi gemuk sangat, susah mengandung dan beranak). Jawapan aku – boer aku walau pun bulat bulat, tapi tak obes. Memang fit, cergas pasal bila lepas, jauh tu berjalan dalam 3 – 10km setiap hari. 

(Konsultan ketujuh – tendang keluar semua boer ni, kita tengok macam mana?) Jawapan aku – ya betul, nasihat yang sangat baik! 

(walaupun sayang tengok boer boer ni kerana gemuk bulat berkilat) Akhirnya aku jual kesemua boer yang aku ada, tinggallah kambing yang berdarah kacukan kampung. Yang bestnya tu, lepas jual semua boer,kadar kelahiran terus meningkat semakin baik. Bertambah bagus produktiviti ladang aku. 

Rupanya kambing boer selama ini menjatuhkan KPI (Key Performance Index) ladang aku. Importer/trader boer dan mereka yang pro boer mesti sakit hati bila baca statement aku nih. Tapi yang aku cerita ni pengalaman aku sendiri, dan pengalaman rakan rakan pembiak yang lain. Banyak yang tumbang sebaik sahaja diorang buat keputusan untuk membiakkan baka import bersaiz besar nih, bukan boer sahaja, jamnapari pun. Atau lain lain baka bersaiz besar untuk dijadikan kambing pedaging. Lantaklah korang menggelegak berasap pun tapi tunjukkan rekod pembiakan anda sekiranya mahu menyanggah/menafikan/membangkang statement saya ni. Jangan tunjuk rekod berat je, tunjukkan rekod kelahiran dan kematian. 

(Kalau tuan tuan nak tahu, agensi kerajaan yang menyelidik kesesuaian boer kat tempat kita nih yang aku namakan XXXXX dan XXXX rupa rupanya berpandukan prestasi kenaikan berat badan sahaja semasa buat keputusan samada kambing boer ni sesuai ke tidak kat malaysia nih…… aduhaiii…… ada yang simpan rekod lahir/mati tapi setakat raw data, tiada analisis selanjutnya……..) Tetapi kalau boer/jamna/etc dikacukkan dengan darah tempatan/kampung/pribumi lain pula ceritanya. Wujud hybrid vigor (kesegaran kacukan). Ni memang best. Walau pun tak sepantas pembiakan kambing kacang dan tak secepat kenaikan berat baka boer, tapi kita adakeseimbangan yang menepati objektif pembiakan kambing pedaging kita. (yang aku boldkan tu nak kena baca slow slow, kena fahamkan betul betul tuan). Jadi untuk meningkatkan kemungkinan kejayaan kita dalam pembiakan kambing pedaging ni, aku galakkan kacukan/crosses/campuran. 

Cari pejantan boer/jamna/nubian yang beratnya sederhana 50-60kg (tak perlu fullblood) kemudian kahwinkan dengan betina kampung. Semua pembiak kambing pedaging yang masih bertahan hingga sekarang (veteran) semuanya buat macam ni – ni short term solution yang berkesan. Kepada pembiak baru, aku faham sangat sangat kalau korang tak mahu dengar cakap aku. Sebab aku dulu pun macam tu, memang terpesona dengan kehebatan infrastruktur kandang, memang terpana dengan saiz kambing, lagi besar lagi syok tengok. Cenderung kepada ladang ladang komersil ni. Tapi bila aku dah terhantuk (nasib baik tak pengsan), barulah aku sedar di mana realiti, di mana kunci kejayaan seorang pembiak kambing pedaging. Darah kita adalah penyelamat kita tuan tuan, darah kita pasti dan pasti tidak akan menghampakan kita, yakinlah pada kehebatan darah sendiri! Salam. 

(kipnap dari alwigoatfarm)

Luqman dan Gendut


Gambar ini terpaksa di post kerana gambar sebelumnya tidak menggambarkan hubungan mesra.

Semi Intensif

Semi intensif dengan gembala + tongkat.

Hasil, terbaik. Kambing kenyang, kambing sihat.
Kos makanan paling rendah. Output paling tinggi.

Risiko utama : Anjing.

Ladang sawit adalah salah satu tempat pilihan untuk integrasi ternakan kambing. Tersedia dan luas hingga beratus ribu ekar di bumi Malaysia.

Sesiapa berminat untuk sewakan ladang sawit untuk dijadikan kawasan meragut, sila hubungi saya.

Tuesday, January 29, 2013

Lagi gambar kambing Alwi!




Nak post gambar kambing sendiri, belum layak rasanya. Post gambar Alwi lah..kurang-2 boleh bagi semangat.!!

Sunday, January 27, 2013

Kami masuk Rigi, jumpa tongkat ali.


25hb. Januari, 13 Rabiuawal 1434H. Tanah ini dijejak setelah hampir 13 tahun ditinggalkan. Inilah pahlawan - pahlawan (tukang ambil gambar, Isteri tersayang, tak mau masuk).

Menarik kawasan ni. Banyak peluang, banyak ruang, tinggal usaha, usaha dan usaha gigih!

*seorang daripada pahlawan ini terpaksa diputihkan mukanya kerana dia yang paling gelap antara pahlawan - pahlawan tersebut.

Saturday, January 26, 2013

Friday, January 25, 2013

Koleksi gambar-gambar Alwigoatfarm ; Pembakar semangat juang

Pertama, ini bukan gambar-2 kambing dan kandang aku. Ini koleksi dari bloq alwigoatfarm serta gambar - gambar yang telah aku ambil semasa lawatan pertama kali ke tempat beliau akhir tahun lepas.

Kenapa? sebab gambar - gambar ini adalah penaik semangat aku untuk terus berjuang.


















Monday, January 21, 2013

Dari Extensif kepada Intensif

Ini saki baki kambing kampung aku. Daripada 23 ekor, sekarang tinggal 15 ekor.

Asal kambing ni extensif. Dipelihara lepas ragut tanpa gembala. Apabila sampai di MyRigiAgroFarm, aku mulakan dengan sistem semi intensif.

Hasilnya, lapan (8) ekor mati digigit anjing termasuk 2 ekor bunting anak lima ekor cukup sifat.

Aku sahkan, memang kambing ini cukup liar, degil dan amat sukar dikawal. Perkara yang aku cuma sedar beberapa hari yang lepas. Satu kesilapan, namun pengalaman yang cukup berharga.

Kesannya, hari ini aku sekolahkan kambing ni ke Kolej Extensif Rigi. Kambing ini tidak dapat dikawal dengan tongkat gembala.

Tapi mungkin aku akan guna tongkat pemukul semasa di kolej ini. Untuk mana yang degil.

Selain menukar makanan daripada sumber makanan luar, aku paksa kambing ini makan napier. Serta pkc campur dedak ikan, dedak padi, serbuk jagung, moleses dan em.

Ini bukanlah pilihan yang aku suka, tapi buat masa sekarang, ini yang terbaik untuk MyRigiAgroFarm.

Doakan kejayan aku dalam menundukkan kambing asal extensif ini.

Salam.

Putih anak si Ratu


Ini Putih dan ibunya Ratu. (Ibunya aku namakan Ratu kerana dia antara kambing paling cantik di kandang aku).

Lahir 19.1.2013, 11 pg. Lahir songsang. Kaki keluar dulu. Nasib baik kaki depan. Jadi kena bidankan. Isteri aku merangkap doktor veteriner juga menjadi bidan. Semangat betul dia menyaksikan kelahiran pertama kambing.

Putih kelahiran ke -4 kambing aku. Jadi tag no 4/19012013, Jantan. Cross Boer. Anak pertama si Badang, pejantan aku.

Putih lahir beberapa hari selepas kejadian kematian 4 ekor kambing kampung aku. Ia umpama pengubat kepada kematian kambing - kambing tersebut.

Kelahiran ke-4, selepas kematian 4 ekor kambing kampung digigit anjing.

Salam.


Friday, January 18, 2013

8 + (5) Kematian = 13 ekor


(Gambar Mak Cik dan anaknya Kecik)

Ini Mak Cik. Anaknya Kecik. Kelahiran kedua 6hb. December 2012. Betina. Lahir di Estet. Lepas semalaman di estet, baru di bawa pulang ke kandang.

Pada 17hb. Januari 2013, semasa berumur sebulan lebih, Kecik mati digigit anjing. Pada hari yang sama, 3 ekor kambing lain juga menjadi korban. Dua sempat disembelih.

Dijumlahkan dengan Kecik serta kambing - kambing yang mati digigit anjing, semuanya lapan ekor. Ulang, lapan ekor. Kematian kambing pertama aku bermula pada 28hb. Disember 2012 dan yang terakhir pada 17hb. Disember 2013, dalam masa 21 hari atau 3 minggu. Itu belum dicampur dengan 5 ekor anak daripada 2 ekor induk bunting menjadikan jumlah kematian 13 ekor dalam masa 21 hari! ULANG, 13 EKOR DALAM MASA 21 HARI!

Aku mengambil keputusan untuk mengira jumlah anak dalam kandungan itu kerana semua anak - anak kambing itu cukup sifat, tunggu mahu beranak saja.

*(ada sekor anak kambing mati semasa dilahirkan). 14 ekor la jumlahnya.

semula.

8 ekor kambing mati digigit anjing.
5 ekor dalam kandungan.
1 ekor mati semasa dilahirkan.
Jumlah = 14 ekor.

Ini kronologi kematian kambing aku.

1. Britney, mati digigit anjing dengan tiga anak dalam kandungan. Aku suspect, digigit semasa hendak bersalin. Bini aku sempat lihat dengupan jantung anak kambing sebelum Britney mati. Kejadi ini berlaku semasa baru keluar meragut seawal pukul 8 pagi. Digigit anjing. Ditengkok. 

2. Jenifer. Jenifer ni ada tiga adik beradik kembar. Memang spesis kambing kampung ni suka meragut bersendirian. Terutama dengan adik beradiknya sahaja. Selepas kejadian kematian pertama, aku mula meletakkan tukang gembala. Pagi lepas. Tengahari, tukang gembala balik rehat, semua kambing diletak berhampiran pagar. Jenifer dan adik beradiknya macam biasa suka bersendirian. Masa aku tengah makan tengah hari dan tukang gembala pula balik rehat, terdengar bunyi bising. Jenifer mati digigit anjing. Kali ini di bahagian paha. Jenifer mati tak sempat disembelih. Aku bagi pada orang kontrak.

3. Pada waktu yang sama, Eli, anak jantan si Esah yang ditinggalkan Esah semasa melarikan diri dari serangan kumpulan anjing juga ditemui mati tidak jauh dari tempat kejadian.

4. Paris Hilton, mati digigit anjing.

5. Pink Eye, induk berumur 4 tahun bunting 2 anak, dianggarkan 4 bulan-tunggu hari mau beranak mati pada 17hb Disember 2013 akibat serangan 3 ekor anjing bertuan. Pink Eye ni sudah sembuh dari sakit pink eye dan meninggal sekor anak betina yang sudah pun dikawin dengan Badang, cross Boer-Feral. Antara semua kambing kampung yang aku adda, Pink Eye ada paling besar. Kehilangan Pink Eye cukup dirasai kerana Isteri aku merangkap Doktor Veteriner yang telah bersusah payah mengubat hari - hari hingga sembuh, bunting dua anak dan akhirnya mati digigit anjing. Sempat sembelih.

6. Lopez, juga mati hari yang sama.

7. Mariah Carey, adik kepada Jenifer sehingga kini belum ditemui. Hilang pada hari yang sama.

8. Kecik, anak Mak Cik berumur 40 hari juga mati hari yang sama.

Anehnya, semua kematian kambing aku melibatkan kambing kampung. Semua kambing kampung ni diambil dari kandang yang sama. Sejak lahir memang dipelihara secara lepas ragut di ladang sawit. Bila sampai ke kandang aku, kambing ni buat macam rumah sendiri. Bila meragut, suka bersendirian dan jarang dalam kumpulan. Tukang gembala pun penat kalau kambing ni buat sampai lima kumpulan, jauh - jauh pula tu.

Pelbagai inisiatif telah aku ambil untuk mengatasi masalah anjing ni seperti meracun. Operasi sotong telah tiga kali dijalankan. Namun, suspect anjing tu masih belum mati. Anjing - anjing yang tidak bersalah termasuk kucing, biawak banyak pula mati.

Yang terbaru, aku telah melatih Oki, anjing gembala. Tapi masih dalam kolej dan belum graduate.

Walaupun aku semangat untuk melakukan semi intensif , setelah menukar daripada intensif kerana jumlah makanan yang terlalu banyak di ladang sawit, namun disebabkan jumlah kematian 13 ekor dalam masa 21 hari, hari ini aku mengambil keputusan untuk menukar semua kepada sistem intensif.

Guna sepenuhnya sumber rumput napier aku yang terlampau banyak.

By hook or by crook. Kambing tu akan aku paksa makan napier.

Biarlah kambing tu lapar, tak happy, tak bahagia, tapi lebih baik daripada digigit anjing!

Salam.

Tuesday, January 15, 2013

Esah kehilangan anak di gigit anjing

Ini Esah.

Kambing kampung/katchang. Beranak pertama kali. Sekor anak jantan, Eli yang sangat kecil. Esah ni bunting dara. Jadi sifat keibuan dia kurang sedikit.

Masa meragut dan kekadang pekerja aku terbabas membawa si Eli ni keluar sekali walaupun umur kurang sebulan. Pernah sekali aku nampak masa gembala, Esah ni tinggalkan anaknya si Eli jauh - jauh sambil makan - makan.

Nak dijadikan cerita, satu hari semasa syoik meragut, kumpulan kecil kambing kampung ni yang selalu terpisah dari kumpulan kambing boer diserang sekumpulan anjing.

Esah sempat lari dan masuk kandang.

Anaknya si Eli ditinggalkan.

Gambar ini aku ambil selepas dua hari kematian si Eli. Kambing ke-3 aku yang mati digigit anjing.

Esah memanggil - manggil anaknya walaupun selepas dua hari. Bunyinya sungguh menyayatkan hati aku...sifat keibuannya sangat tinggi sebenarnya.

Gendut dan Maknya Endut

(Gendut berumur 45 hari sedang minum susu ibu, susu terbaik di dunia)

Ini Gendut dan maknya Endut. Lahir 3.1 kg, tapi sekarang aku belum timbang (sebab timbang belum beli).

Aku tengok pembesaran Gendut cukup cepat. Tapi tu la, nanti aku timbang untuk confirm balik. Endut adalah baka Cross Boer.

Gendut pula aku tak dapat kesan bapaknya. Memang cukup berbeza warna dengan maknya, Endut.


Oki Si Anjing Gembala

Ini Oki. 
Berumur 3 bulan. 
Lahir kembar. 
Jantan. 
Anjing pertama yang aku pelihara. 

Aku tak dapat menahan diri dari mengambil dan melatih anak anjing ini setelah 4 ekor kambing mati digigit anjing!

Semoga latihan berjalan dengan lancar.

16th Jan 2013

Salam.

Aku tak dapat menahan diri untuk memaparkan gambar tentang kambing! Namun, untuk masukkan dalam blog lama, banyak perkara perlu dipertimbangkan. Tambah lagi, blog itu sudah menjadi semacam rojak dan astro. Macam - macam ada.

Jadi, blog ini aku khaskan untuk projek pertanian berskala besar yang akan aku jalankan. Fokus utama pada kambing dan sewaktu dengannya.

(Gendut lahir pada 25/11/2012 dengan berat lahir 3.1 kg. Anak kambing pertama aku)