Tuesday, February 12, 2013

Kambing kampung ; Pengalaman mentah aku


Pengalamann kambing kampung aku sama seperti pengalaman aku dengan kambing, baru dan sangat mentah.

Bermula June 2012 dengan sepasang cross Boer berumur kurang setahun, aku menambah jumlah kambing setiap dua-tiga bulan. Setelah kambing cross Boer mencapai jumlah 12 ekor, perhatian aku bertukar arah ke kambing kampung. Mencari induk kampung bertujuan untuk cross dengan Boer. 

Dalam pencarian itu, aku ditemukan dengan kambing extensif (*istilah yang aku hanya dengar bilamana taufan demi taufan melanda kandang aku). Dianggarkan 70 ekor kambing pure blood kacang. Sistem extensif. Lepas ragut tanpa gembala di sebuah ladang ladang nun jauh di pendalaman.

Pertama kali melihat kambing - kambing ini, hati aku cukup tertarik dengan keunikan kambing kampung. Dengan hanya dibekalkan garam (kekadang tak ada garam), kambing ini telah dibiarkan membiak di sebuah ladang sawit selama tujuh tahun. Kadang dibina dengan keluasan 20'x 50' dan petak untuk setiap keturunan kambing. Ada petak 4-10 ekor. Memang sah sudah inbreeding. Aku cukup takjub kerana kambing ini mampu bertahan dan terus membiak walaupun tanpa kawalan dan pengurusan yang baik. Tanpa ubatan dan juga vitamin serta mineral tambahan. Tanpa air bersih. Tanpa ada gembala. (*banyak benda aku takjub menunjukkan betapa kerdil dan naifnya aku dalam industri ruminan ini).

Aku membeli dan memindahkan sebanyak 23 ekor. Dua kali angkut. Ke kadang setinggan aku. Mengikut rancangan awal, aku ingin mengangkut semua 70 ekor bagi mencapai cita -cita 100 ekor menjelang Jun 2013.

*Walaupun Isal banyak kali cuba menasihati aku. Yang aku sendiri akhirnya membatalkan niat aku setelah taufan demi taufan melanda aku yang degil ini.

Taufan - taufan tersebut seperti :-

1. Taufan Anjing. Hampir 8 ekor induk dan potensi 5 anak kambing mati akibat serangan anjing semasa lepas ragut.

2. Taufan Pink Eye. Sekor - sekor kena pink eye. Ubat spray pink aku sembur dah macam sembur ubat nyamuk kat kandang! Yang sadisnya, 2 ekor induk beranak anak 2, turut kehilangan anak disebabkan kurang susu dan tidak mahu menyusu. Sekor induk keguguran kerana kekurangan zat.

3. Taufan Puru. Tinggal sekor induk tua beranak sekor jantan hampir sembuh pink eye, taufan puru pula datang. Anaknya mati dipijak induk semasa berumur 3 hari. Selepas beberapa hari, semua kambing kambing tersebut kena puru! Hari ini sekor induk bunting 2 anak mati disebabkan puru-kurang makan-dan mati.

apabila dibuat post mortem, rupanya ada lagi satu taufan senyap yang dibawa oleh kambing kampung extensif ini...

4. Taufan Plastik!!
Rupanya ada plastik baja sawit di dalam perut kambing-2 ini. Ini kes kedua aku jumpa plastik baja di dalam perut - perut kambing-2 kampung extensif ini. 

Selepas Taufan Anjing, Alwi telah memberikan panduang seperti berikut :

http://alwigoatfarm.blogspot.com/2013/01/jangan-beli-kambing-ekstensif.html

mengubat sakit yang parah aku terhadap kambing kampung.

daripada jumlah 23 ekor yang sepatutnya bertambah dengan kelahiran 10 ekor anak kambing, kambing kampung aku telah berkurangan kepada 10 ekor. Setelah taufan demi taufan melanda.

Ya. Banyak yang telah aku pelajari daripada kambing - kambing kampung extensif ini...

Namun, aku masih belum putus asa dengan darah kambing kampung ini. Disebalik taufan demi taufan, kambing kampung ini telah membuktikan mampu melahirkan anak 1,2 dan juga tiga!

cuma, kesilapan besar aku adalah, membeli dan membawa kambing kampung extensif ini untuk sistem semi intensif..

aku sepatutnya membiarkan kambing - kambing ini di tempat lama di mana mereka hidup aman dan damai. Sihat serta terus membiak.

Wassalam.

11 comments:

  1. Salam alaika bro Kembara..

    part mna nsihat den tu xingt dah,mgkin bab bt kndang dlu bru bli kmbg kot.hehe.sbb den pun sma mcm bro Kembara excited mngejar kuantiti msa mula2 dlu wlaupun Alwi dh nsihat bt kndg dlu.last2 'overcrowded' bnyak ank kmbg mati..xpa kita bljr dr pnglman..

    bab beli kmbg ektensif den sndiri xalert,lpas baca post alwi brulah tau disadvantage kmbg ektensif ni,lbih kurg kmbg feral australia la jdnya.tp den rsa boleh lg dtundukkn sbb Aussie pun gne induk feral utk bgunkn baka Boer..

    apapun.yg pnting proses pmbljran sntsa brtrusan..:-)

    ReplyDelete
  2. Sometimes kita perlu membayar harga yang mahal untuk mendapat suatu pengalaman yang amat berguna. Kita redha aje ye :)

    ReplyDelete
  3. first time aku dengar kambing makan plastic..lembu ngan bebiri memang biasa
    ..kelompok 3 bebiri aku yang aku beli berpenyakit pada 2010 dulu pun ada 4 ke 5 ekor makan plastic..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa dia makan plastik baja sebb masin. Sebb tu kene ada gembala, kita nk pantau kawasan tu sblm bagi ternakan kita masuk

      Delete
    2. ya tepat sekali. Kambing makan plastik baja yang ada saki baki baja.

      Dimakan semua plastik baja 50 kg bhg dalaman.

      Delete
  4. Salam tuan,

    apakah langkah yang tuan ambil ketika kandang tuan diserang "taufan puru"?

    sepertinya saya mengalami keadaan yang sama di kandang saya.

    ada terbaca jurnal dari Texas dan UK yang mengatakan puru ini tiada ubatnya..hanya perlukan masa 4-6 minggu dan akan pulih seperti biasa tanpa sebarang parut. Semburan antibiotik aerosol hanya untuk mengelakkan secondary bacterial infection. Suntikan antibiotik tidak akan membantu penyembuhan

    mengupis keruping puru pula hanya akan melambatkan proses penyembuhan. Cara tradiosional saya dah cuba. Tiada kesan juga. Pengalaman saya sendiri, seperti kata jurnal, memang puru akan hilang dengan sendirinya. cuma saya nak bertanya dan jika diizinkan utk berkongsi pengalaman dan ilmu tuan dalam menghadapi taufan puru ni. TQ.

    ReplyDelete
  5. boleh x bg tau d sabah dimana ada kandang menternak kambing susu..tq

    ReplyDelete
  6. Bleh x bg tau kat sy,knp kambing sy asyik termenung n diam je...tngok mcn sakit,tapi x tau dia sakit apa...

    ReplyDelete
  7. Baru2 ni ada ibu kambing melahirkan anak...lpas selang 2,3hari ibu kambing x nk bagi susu kpada anaknya...kemudian ibunya menjadi murung dan lemah,lansung x nk makan n sbahainya....lpas 2,3hari tu,ibu kmbing tersebut mati...dan juga salah 1 anaknya pun mati...yg tnggal cuma 1 je yg hidup itupun sy beri susu padaya..kesimpulan,bleh sy nk tahu ibu kambing tu bleh mati dgn secara tiba2....?

    ReplyDelete