Saturday, February 9, 2013

Penculik Ilmu dan Kebenaran

(ihsan gambar alwigoatfarm)

Kenapa aku jadi "penculik" ilmu dan kebenaran? Sebab aku suka kepada benda yang aku "culik" tu. Bukan sebab aku nak dapatkan duit atau apa sewaktu dengannya.

Dari kecil, aku memang suka mengumpul ilmu yang aku rasa boleh memberikan manfaat kepada aku suatu hari nanti.

Aku suka membaca buku. Apabila terjumpa satu - satu perkataan ataupun ayat yang aku rasa berguna, akan aku catat dalam sebuah buku terpakai. Aku baca suratkhabar, bahagian artikel dan rencana (masa remaja, aku suka input-2 berat macam ni), aku akan potong dan buat macam buku scrap.

Aku minat rekabentuk dalaman dan aku juga minat bertukang. Apabila terjumpa gambar perabut dan rekabentuk yang menarik, aku gunting gambar dan simpan dalam buku scrap tersebut. (*sekarang aku masih menyimpan cita-cita untuk mempunyai sebuah bengkel di belakang rumah yang boleh buat perabut dan buat segala macam perabut-macam-dalam-gambar tu).

Tahun 2009, apabila aku mendapat ekses internet di Miri (2004-2008 tinggal dalam hutan, tiada line telefon dan internet), aku menjadi blogger tegar. Maka, dari situ bloq pertama aku muncul. Jika Tuan - Tuan perhatiikan, bloq aku tu apa tak de? semua ada-perkara-berguna-sahaja. Mulanya timbul niat nak kongsi pengalaman di industri sawit. Lepas tu mula masuk macam - macam. Aku mendapat idea, bloq ini merupakan satu PENGKALAN DATA yang amat menarik. Contoh, jika aku buat buku scrap, takkan nak bawa buku tu pegi mana-2. Skrg pun aku tinggal di kampung, beberapa ribu km dari tempat aku berada. Kalau simpan dalam laptop, dalam pendrive atau apa saja media lain, pun sama. Kalau dibuat laptop tu ko, dengan segala DATA tu hilang. Sengsara juga Tuan-2 kalau nak mula dari awal balik. Kalau benda tu PERMATA, BERLIAN kebenaran..

Orang macam Tun M pun jadi blogger. 

Ok, PENGKALAN DATA di alam maya. Ada gambar. Ada video. Ada artikel. Ada macam - macam yang aku SUKA. (Korang tak suka, itu aku tak perduli). Tapi Tuan-2, aku ada juga ETIKA. Aku seboleh mungkin tidak akan memaparkan sesuatu yang tidak bermanfaat, rahsia syarikat, post perkara DOSA dan sebagainya. Jika pun ada hasil kerja orang lain, aku akan tulis RUJUKAN di post terbabit. Jika tiada, mungkin aku tersilap/belum update. 

PENGKALAN DATA + Smartphone = Ilmu di hujung jari (*patutnya orang berilmu di dada). Jadi, smartphone + line broadband = Aku jadi nampak lebih "berilmu". Seperti kata Alwi, tiada guna nak ingat sekor-2 kambing dia yang berjumlah lebih 350 ekor. Mudahnya, dia tag, lepas tu rekod dalam buku/laptop. Buat apa nak menyusahkan diri - sendiri menggunakan berjuta memori otak untuk buat perkara tersebut. Kalau pun ada, kita sebagai manusia ni ada penyakit LUPA, jadi teknik pengkalan data + smartphone aku ni memang berguna untuk aku.

Aku ni pula, tak suka temberang. Bila aku cakap jer, aku buka handset, pegi bloq aku, aku tunjukkan gambar. A picture of a thousand words Tuan-2! tak de la payah aku nak menghuraikan secara panjang lebar. Buang air liar aku saja.

(*jadi di sini, aku nak pesan pada Alwi, beli la smartphone + broadband. Masa mengembala, boleh baca banyak journal di dunia. Nanti dapat eureka cantik punya..ramai orang dapat kongsi ilmu baru ko tu).

Jadi, sejak terjerumus dalam industri ruminan ni, aku jadi pula 'penculik bersiri' ilmu dan maklumat tentang kambing.

Ada gambar kena culik. Ada artikel kena culik. Boleh kena saman aku orang Tuan punya tu. (*tapi kan, kalau Tuan punya dah tahu dan aku pula tulis sumber rujukan kat post itu, mana boleh dikatakan sebagi culik pula kan?)

....panjang melalut.

Apa pun, aku memang suka kumpul benda yang aku rasa berguna untuk aku. Berguna dan satu masa nanti aku akan rujuk kembali untuk buat perkara yang sama.
*aku juga bercita - cita ingin menjadi seorang penulis. Bloq ini dijadikan sebagai wadah latihan untuk ke situ.

Wassaalam.

No comments:

Post a Comment