Tuesday, January 10, 2017

2017 Tahun Usaha

Statistik

Statistik 7.1.2017

A 16
S 23
K 2
S 10
B 5
Jumlah input 56

Lahir 5

Mati 13 ekor

*Jumlah terkini : 46 ekor*

1. Akhir tahun 2016 dan awal 2017 agak mencabar. Setiap hari kambing mati! Dari 10 ekor S10, sekarang tinggal 4 ekor sahaja akibat pnemonia atau radang paru - paru.
2. Selain dari itu 2 ekor hilang.
3. Dua ekor anak mati.
4. Dalam mendung yang mencabar itu, induk kedua beranak anak dua. Selepas 4 hari, sekor anak mati.
5. Selang beberapa hari, dua lagi induk beranak masing - masing anak 1. Menjadikan jumlah kelahiran terkini adalah 5. Berbaki 3 anak hidup.
6. Masih ada 4 ekor induk bunting dan menunggu masa untuk beranak.
7. Faktor lain yang menjuruskan kepada kemaian adalah akibat tekanan. Suasana baru. Musim hujan. Kandang banyak kemasukkan baru. Serta suasana kandang yang sentiasa berubah - rubah.
8. Tiga ekor anak yang berbaki disusukan dua kali. Pagi dan petang. Walaupun kaedah ini cuba dielak, namun disebabkan prestasi semakin menurun, penyusuan terpaksa dilakukan. Tiga anak jantan ini mesti diusahakan supaya panjang umur!
9. Ya rakan - rakan pembiak. Usaha gigih diperlukan. Kesabaran.

......berkatilah usaha kami ya Allah!

1 comment: