Saturday, December 3, 2016

TERBESAR?

Terbesar, terkuat, terhebat

Fitrah kita manusia sering terpaku dengan perkataan TER. Suka tengok paling besar. Namun kita lupa, alam ini ada hukum. Yang besar, yang kecil. Semuanya ada peranan masing - masing.

Jangan yang besar itu difikirkan hebat segalanya. Kerana yang besar itu tiada tanpa bakteria si kecil dalamnya.
Jangan yang kecil itu disangka lemah, kerana kecil itulah juga boleh jadi pemusnah.

Kita lupa dinasor itu besar dan kuat. Tetapi ditelan sejarah umat. Kita hari ini gerun kepada zika. Yang kecil tapi gegarkan dunia.

Lumrah hukum al alam. Yang besar itu akan ambil masa untuk membiak dan membesar. Yang kecil pula cepat membiak. Itu hukum alam yang ditentukan Allah yang mengatur segalanya.

Dunia penuh dengan iklim dan suasana berbesar. Ada panas kering sejuk dan juga khatulistiwa. Begitulah juga dunia bakteria mikrogranisma serta apa jua kehidupan. Ada sebabnya kenapa Allah buatkan ia berbesar. Ada besar. Ada kecil. Bentuk serta tujuan yang berbeza. Buat si hambaNya berfikir. Tentang KEBESARANNYA.

Ya kawan. Ucapkan SUBHANALLAH. ALLAHUAKBAR.

Selamat berfikir.

No comments:

Post a Comment