Hari ini ambil pengembala. Mula pukul 2 petang. Latih gembala kambing dari awal keluar hingga balik.
Anak muda. 16 tahun. Cuti sekolah.
Semoga Allah kurniakan kekuatan kepada dia. Ameen.
Hari ini ambil pengembala. Mula pukul 2 petang. Latih gembala kambing dari awal keluar hingga balik.
Anak muda. 16 tahun. Cuti sekolah.
Semoga Allah kurniakan kekuatan kepada dia. Ameen.
Allah Maha Besar.
Semoga Allah pelihara Al Sultan Kelantan.
13.12.16
Pendatang baru 2 ekor induk dewasa dan dara. Dari Simpang Mewah Lahad Datu. Lokasi yang menjadi laluan ke kilang sawit terakhir pernah bertugas.
Ambil benih indigofera dari Batu 19. Penuh bonet kereta.
Statistik terkini
43 ekor
5 jantan
38 ekor betina
Kelahiran 1
Kematian 3
1. Kambing baru 5 ekor masih trauma. Homesick. Nak cari jalan pulang.
2. Kandang lama atas bukit. Pantang nampak bukit, terus dipanjat.
3. Naik bukit turun bukit. Oi na. Matai. Esok kamu didenda!
Ini rekod paling jauh pernah aku gembala. Macam tau2 ini kambing aku bawa 2 botol air oren tropica buat bekal. Habis licin. Pisang goreng 2 ringgit tak habis. Tak sempat nak makan sibuk kejar kambing!
4. Pam air rosak. Masih belum dapat dipulihkan.
5. Kena beli tong dan kumpulkan air hujan. Untuk air kecemasan. Ah. Keluar duit lagi.
6. Kambing baru sampai 3 ekor. Induk dah kahwin sama pejantan.
7. Anak betina dan jantan. Saiz besar. Sihat dan berpotensi jadi pejantan.
Asal anak 3. Mati sekor digigit anjing di kandang lama. Berat terkini 25kg. Umur 3 bulan. Yup.
Cabaran pembiak memang tahap dewa. Kuatkan semangat tempuhi cabaran.
BREED4FREEDOM.
7 dec 16
Sekor lagi induk kampung mati.
Punca : kecacingan kronik.
Jumlah kematian sejak mula projek : 3
Penambahan induk 5 ekor.
Berat 15 - 20 kg.
Menjadikan jumlah terkini
1 pejantan
4 anak jantan
3 anak betina
30 induk dara dan dewasa.
Jumlah 38
Kelahiran 1
Kematian 3
Semua 5 induk baru diberikan 10 ml dewormer.
Anak kambing pertama mati selepas 3 minggu.
Punca : induk kekurangan susu dan kecacingan.
Semasa induk dibawa ke kandang, keadaan amat kritikal dan anak yang lahir juga terbantut.
Statistik semasa
Jumlah 34
Kelahiran 1
Kematian 2
Berita sedih ini menguatkan lagi kepada kepercayaan supaya induk yang dibawa masuk mesti dalam keadaan kualiti yang baik.
Bukan dari sumber yang tidak dikenalpasti.
Bukan dari extensif.
Ambil induk dan kambing berkualiti dari semi intensif atau intensif sahaja supaya program pembiakan berjalan dengan lancar.
Ya. Dah pernah kena pesan. Ini pengalaman terbaik. Jangan ulang lagi!
Melawat rakan ternak Cikgu Raiha di Bt 12 Sandakan.
Kambing susu. 2 tahun. Sebelumnya pedaging. Lebih 7 tahun menternak.
Intensif.
Menu : campuran napier, kulit udang, jagung, soya.
Pelepah sawit.
Pengurus beliau Viki sangat ramah dalam memberi penerangan kepada saya.
Terima kasih Cikgu Raiha dan Viki atas 4 botol susu kambing.
Selamat maju jaya!
Terbesar, terkuat, terhebat
Fitrah kita manusia sering terpaku dengan perkataan TER. Suka tengok paling besar. Namun kita lupa, alam ini ada hukum. Yang besar, yang kecil. Semuanya ada peranan masing - masing.
Jangan yang besar itu difikirkan hebat segalanya. Kerana yang besar itu tiada tanpa bakteria si kecil dalamnya.
Jangan yang kecil itu disangka lemah, kerana kecil itulah juga boleh jadi pemusnah.
Kita lupa dinasor itu besar dan kuat. Tetapi ditelan sejarah umat. Kita hari ini gerun kepada zika. Yang kecil tapi gegarkan dunia.
Lumrah hukum al alam. Yang besar itu akan ambil masa untuk membiak dan membesar. Yang kecil pula cepat membiak. Itu hukum alam yang ditentukan Allah yang mengatur segalanya.
Dunia penuh dengan iklim dan suasana berbesar. Ada panas kering sejuk dan juga khatulistiwa. Begitulah juga dunia bakteria mikrogranisma serta apa jua kehidupan. Ada sebabnya kenapa Allah buatkan ia berbesar. Ada besar. Ada kecil. Bentuk serta tujuan yang berbeza. Buat si hambaNya berfikir. Tentang KEBESARANNYA.
Ya kawan. Ucapkan SUBHANALLAH. ALLAHUAKBAR.
Selamat berfikir.