Saturday, November 23, 2013

Kambing - Nostagia, sekarang dan masa depan.


opening
Jun 2012 hingga September 2013, aku kenal kambing, beli kambing, ternak kambing dan ada kambing. Aku juga kenal ramai orang yang ada kaitan dengan kambing. Banyak ilmu belajar tentatng kambing. Mungkin masuk peringkat Ijazah kambing. Ada manis dan pahit.

Akhirnya aku akur dengan perancangan Allah. Lepaskan semua kambing yang aku ada. Ya. Masih belum tiba masanya.

Kambing dijual. Saki baki benih Indigofera dan Malbery aku bawa ke tempat baru dengan segala luka dan lara. Masuk ke tempat kerja baru, suasana lebih baik untuk aku memulakan semula apa yang aku buat lebih setahun yang lepas, namun, aku masih berdiri. Berdiri dan berkata, belum, belum tiba masanya. 

body
Apa yang bakal menanti di hadapan hari kelak?
Point 1
Sekarang
Aku mendapat ilmu yang sudah kira cukup untuk aku memulakan projek pertanian yang lama aku impikan. Namun, dalam bahagian lain, belum cukup bersedia. Sementara menunggu saat itu, aku telah merancang beberapa perkara persediaan.
1.  Kumpul modal.
2. Cari tanah.
3. Tambah lagi ilmu.

Point 2
Bersedia dengan lebih sistematik lebih baik daripada terjun ke gaung
Walaupun masa aku mengembala dan menternak kambing cuma seketika, namun telah banyak pengalaman dan maklumat aku perolehi.

Dengan pengalaman yang ada itu, aku gunakan untuk merancang dengan lebih baik. Sekurang - kurangnya tidak melakukan kesilapan yang sama pada masa akan datang.

Point 3
Mengikuti perkembangan semasa dan menjadi seorang pendengar dan pemerhati
Semasa mempunyai kambing, aku cukup agresif. Seperti orang yang mau pergi perang. Semangat orang muda.

Aku masih seperti itu, namun, disebabkan beberapa halangan yang menjadi batasan besar kepada impian aku itu, aku tangguhkan sementara waktu.

Terima kasih pada Tuan Alwi kerana mampu mengubat rindu aku pada kambing setiap kali membaca post di blog beliau. Aku cukup gembira dan bangga dengan kejayaan, komitmen beliau terhadap usaha menjadi gembala kambing mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW serta banyak Nabi - Nabi yang lain.

Ya. Walaupun tiada kambing, namun aku masih menjadi pemerhati kepada apa yang berlaku kepada industri kambing negara. Teruskan usaha dan insya Allah, kejayaan bersama mereka yang gigih.

closing

Alwi, teruskan usaha. Insya Allah, jika diizinkan Allah, aku akan mengikut jejak kamu satu hari nanti.



4 comments:

  1. Saya mendoakan agar sdr akan berjaya. Tahniah atas kegigihan dan semangat jitu.

    ReplyDelete
  2. Den doakn smuga bro zul brjya mncpai impian mnjadi pntrnak kmbg.Insyaallah..dunia perkambingn skrg pun klihatan meriah dgn pntrnak2 baru n prstuan2 baru.hehe..

    ReplyDelete
  3. oh terima kasih zul atas sokongan.

    semoga Tuan Zul akan dapat merealisasikan impian menjadi penternak, pembiak, dan pengembala kambing suatu hari nanti. in sha allah.

    ReplyDelete
  4. i,allah tuan. teruskan ihtizam. moga kita sama2 mencapai impian menjadi penternak berjaya kelak, jadikan pengalaman sebagai pendorong untuk berjaya. sama-sama kita berdoa

    ReplyDelete